1. Sensitif :
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2. Cerewet :
Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
3. Halus :
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak.
Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan,
biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4. Ikhlas :
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
5. Korban :
WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi,
termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
6. Prihatin :
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7. Manja :
Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari,
naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA.
Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
8. Ego :
WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya
apabila bersemuka dengan yang dicintai.
9. Cinta :
CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
10. Seks :
SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan
dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja.
LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah
membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.
** "Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah
sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah.
WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
Bukan juga dari kakinya untuk dijadikan alasannya,
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya
Dekat dengan lengan untuk dilindunginya
Dan dekat di hati untuk dicintainya.
Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA" :)
Thursday, July 10, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)