Sunday, August 31, 2008
Bagaimana nak melupakan cinta yang telah perg?
Apakah cara yang anda gunakan untuk melupakan bekas kekasih anda? Membuang semua pemberiannya dan segala memori tentang dia? Adakah dengan cara itu anda semakin dapat melupakannya atau semakin mengingatinya? Saya yakin jawapan anda mesti sampai sekarang anda masih tidak dapat melupakan si dia bukan…
Menurut Dr. Azhar, perunding emosi Soul Axis Management cara untuk melupakan bekas kekasih anda ialah jangan cuba melupakannya. Selagi anda masih cuba menghilangkan ingatan terhadap bekas kekasih sebenarnya semakin anda memikirkannya. Apabila anda asyik memikirkan perkara itu secara tidak langsung ia hanya menambahkan kekuatan ingatan kepadanya.
Saya sangat bersetuju dengan kenyataan ini. Pada saya biarlah masa merawat segala-galanya. Tidak guna terus menangisi kehilangan si dia tapi tidak bermakna kita tidak dibenarkan untuk menangis bila setiap kali hati kita rasa dirobek-robek dek kerana rindu yang teramat sangat pada dia. Biarlah sesekali air mata membasahi pipi agar berkurangan rasa rindu di dada. Jangan sesekali merasa putus asa untuk bercinta lagi. Jangan menjauhi cinta, jangan menghalang cinta mendekati diri kita semula. Percayalah apabila kita dicintai kita akan lebih mudah untuk melupakan si dia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment